Rabu, 21 Mac 2012

SEMUA TENTANG KITA ~ :')

semua tentang kita , pertemuan dan perkenalan kita segalanya bermula di Uitm Lendu Alor Gajah Melaka . terlalu banyak kenangan yang kita cipta bersama walaupun baru beberapa bulan kita bersama , terasa terlalu sekejap masa berlalu . bak kata orang masa mencemburui kita , tapi memang betul . terasa berat hati ini hendak meninggalkan uitm dan berpisah dengan mereka semua , terlalu perit rasanya . sudah menjadi kebiasaan mereka selalu ada disisi dan didepan mata , tapi sekarang mereka sudah tiada untuk menemaniku . cerita kita bermula di kelas 1F , teringat kembali masa mula-mula masuk kelas . masing-masing malu nak menegur , ingat lagi masa masing-masing minta nombor . tulis dekat buku bagai , hahaha . hana , miza , faizin , piah , era , wada , jaja , asip , usin , arin , alan , diddy , izzati , faridah , kak ani , inilah pelajar kelas 1F . mesti rindu masa kita buat role play , spelling , presentation , choral speaking , singing competition(MGT) and everything about our class . nanti rindu nak tengok jaja dengan asip buat lawak bodoh , miza gaduh dengan asip pasal paper math , faizin marah dorang sebab kenakan die dengan usin , asip and jaja kacau wada and panggilan yang korang bagi dekat budak perempuan semua . kenangan yang paling tak akan dilupakan masa kita dekat pengkalan balak and jusco , serious itu kenangan yang paling terindah . rindu masa mandi ramai-ramai dalam bilik air dengan miza , faizin , piah , wada . rindu masa kita buat surprise untuk usin time malam bbq , sorry usin sebab kenakan dengan tepung tapi memang sengaja dan dah dirancang dari awal lagi dengan faizin :p and hadiah tu hope usin jaga elok-elok tau , if rindu tengok jew hadiah tu . hahaha , and guys thanks sebab buat surprise untuk budak perempuan . sumpah korang sweet sangat sebab sediakan makanan untuk kita orang , jaja ,usin , asip , arin , alan . kita orang hargai sangat-sangat , terharu dengan perbuatan korang malam tu . kita orang akan ingat pesan asip " korang ingatlah benda ini semua sampai naik pelamin , lepas tu nak lupa suka hati korang lah " hahaha , bodoh-bodoh jew . korang , serious rindu masa dekat pengkalan :"( kalaulah ada mesin masa dah lama patah balik masa tu , tak puas luangkan masa dengan korang semua . asip sorry time dekat dalam kereta asyik buli kau jew , dah siapa suruh bawa kereta macam orang gila :p teringat masa usin dengan jaja sibuk nak layan shisha , bukan main pujuk budak perempuan yang lain kan . hahaha , sumpah kelakar . rindu nak naik satu kereta dengan korang and menggila dengan korang , rindu nak dengar jaja dengan asip main gitar masa dekat pengkalan . kita orang suka korang mainkan lagu ombak rindu , serious sweet and tak tahan korang gaduh dengan wada pagi-pagi buta . rindu nak karaoke dengan korang semua , tergoda dengar suara jaja masa dekat karaoke box . hahaha , semua dah cair dah :p banyak betul yang aku rindu ni , last sekali aku rindu masa kita study sama-sama dekat temy dari siang sambung sampai ke malam . itu memang tak akan lupa juga , dengan jaja nak usha kak diana and asip pulak nak izreen . hahaha ,  arin , asip , jaja . gambar korang aku simpan sampai bila-bila , jangan risau aku tak buang . akhir kata hana nak minta maaf kalau ada terkasar bahasa , termarah , tergurau kasar and terambil barang or makanan harap halalkan . serious sayang sangat dekat korang semua , kenangan tu tak akan pernah dilupakan . korang semua memang awesome ! wish the best of luck for your future , loveyousomuch and missyousomuch !


1F class memories :")












































 



 




























































 








































this song i dedicated for guys ,thank you so much and sorry for everything if i had any mistake with all of u ,i really appreciate ! hopefully we will meet each other soon~

to hana : thanks sebab bagi kita copy hihi ,kita tersangat malas untuk menaip :D HEHEHE


oke ,bye !

Selasa, 6 Mac 2012

TAKOYAKI TAKOYAKI TAKOYAKI :D

uhh !!! dah lama tak bukak blog hihi .Dah bersemak samun aku menengoknya~ maaflah wahai kekanda ku sayang kerana saya tidak menjenguk kamu kihkih .Almaklumlah ,dah dekat final exam,assignment..quiz..test yang berlambak lambak tu kena selesaikan dulu~ kalau tidak ,meroyanlah aku kat U tu nanti hehehe


mesti korang pelik kenapa aku rajin meng update entry ni kan ? jeng jeng jeng~ ini adalah kerana aku terlalu jeles dengan orang yang selalu meng update entry entry terbaru beliau hihihi :D


sebenarnya aku mengidamkan bendaaa ni ! uwaaaaa~
TAKOYAKI TAKOYAKI TAKOYAKI disebabkan makanan ni lah aku jadi cacing kepanasan ngeh ngeh ngeh :D 




  

takoyaki ni lah yang aku nak makan -,- ada sesape tak yang boleh belanja kita ni??please please~ mengidam takoyaki ni .Tengok orang makan sedap je ,tapi tak tahu kat mana nak cari takoyaki ni =,=


Kepada sesapa yang tengah banyak duit tu ,silalah belanja aku oke ! :p
besar pahala tau belanja budak chubby ni makan kihkih



oke ,bye ! 

Isnin, 26 Disember 2011

we so proud with you ,dude ! :')

Tanggal 23 disember 2011 adalah tarikh keramat yang dinanti-nantikan oleh semua batch 96'S . jantung semua berdegup kencang seperti ribut taufan hahaha . yeahh ,time ni jugaklah teringat zaman aku ambik result PMR .lepas je aku habis kelas ,cepat cepat aku tepon mak aku tanya adik aku dapat berapa .

aku : ma ,adik dapat berapa A ?

mak : belum pergi sekolah lagi ,dia nak pegi pukul 12 .

aku : ehh ,nape nak pergi lambat lambat ? *aku pulak yang lebih lebih*

mak : takpelah ,dia tengah takut tuh . seram sejuk katanya nak pergi ambik result .

aku : erm oklah ,nanti pape hal bagitahu orang tau .

tengokkk ,aku pulak yang kemain eksaited pasal result adik aku hihihi . orang lain punya result aku yang lebih-lebih .

ALHAMDULILLAH ,adik aku dapat 7A 2B . memang terkejut gila ,susah gila kot nak tengok dia baca buku .24 jam main PS2 sampai ma abah aku penat nak cakap lagi .dia otak memang genius gila ,selalu cerita kat aku yang dia banyak tak paham subject math . tapi alhamdulillah math dia A .

Teruskan usaha dan cita cita oke , good job dude ! finally , paid off ! the most importants is , just be yourself . Insyaallah ,segalanya akan lebih dipermudahkan :) 




ok ,bye